Soalan Pemahaman Laras Sains ialah soalan bahagian B dalam peperiksaan akhir semester bagi Semester 4.
Satu petikan pendek diberikan dan pelajar dikehendaki menjawab dua soalan .
Markah bagi soalan ini ialah 10 markah , iaitu :
Soalan ( i ) 2 markah
Soalan ( ii ) 8 markah
Bagi soalan ( i ) jawapan terdapat di dalam petikan, tetapi pelajar mesti menggunakan ayat mereka sendiri untuk    menerangkannya.
Manakala soalan ( ii ) adalah berdasarkan pendapat pelajar. Jumlah perkataan yang harus ditulis ialah 50 patah perkataan.
Contoh soalan :
Wednesday, 21 March 2012
Tajuk 1.
Lapisan ozon sangat penting untuk melindungi manusia daripada terkena pancaran sinar ultaraungun. Para Saintis telah membuktikan akibat tindakan manusia telah menyebabkan kebocoran dalam lapisan ozon.
Bincangkan kesan yang akan timbul akibat kebocoran lapisan ozon.
Pendahuluan
• Lapisan ozon berada di ruang udara
• Memberi perlindungan kepada makhluk bumi daripada sinaran ultraungu
• Kebocoran dalam lapisan ozon akan menyebabkan sinaran ultraungu memancar terus ke bumi.
• Mendatangkan pelbagai kemudaratan
Contoh Penulisan :
Lapisan ozon memberi maksud lapisan udara yang berada di sekeliling kita . Lapisan ozon berperanan dalam memberi perlindungan kepada makhluk bumi daripada terkena sinaran ultraungu. Oleh itu, kebocoran dalam lapisan ozon akan menyebabkan sinaran ultraungu akan memancar terus ke bumi. Kesannya sinaran tersebut akan membawa kemudaratan kepada makhluk di bumi.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Menjejas Kesihatan manusia terjejas
• Kebocoran lapisan ozon menyebabkan kulit manusia akan terdedah kepada sinaran ultraungu
• Sistem imunisasi manusia akan menjadikan lemah
• Mudah bagi bakteria dan virus menyerang sel-sel dalam badan
• Mendatangkan pelbagai penyakit, contoh penyakiy kanser.
• Membawa gangguan terhadap tumbesaran manusia.
Salah satu kesan yang akan timbul akibat Kebocoran lapisan ozon ialah akan menjejaskan kesihatan orang ramai. Kulit manusia akan terdedah kepada pancaran sinaran ultraungu yang tidak dilindungi oleh lapisan ozon. Dengan itu, sistem imunisasi manusia yang terdapat dalam badan akan menjadi lemah. Apabila sistem imunisasi menjadi lemah maka penularan virus dan bakteria ke dalam badan tidak dapat dihalang. Seseorang itu akan mudah menghidap pelbagai penyakit antaranya ialah penyakit kanser. Selain itu, akibat pancaran ultraungun, sel-sel kromosom dalam badan juga akan mengalami mutasi. Secara langsung akan menyebabkan gangguan kepada tumbesaran manusia.
Isi 2 : Suhu bumi meningkat
• Kebocoran lapisan ozon menyebabkan pancaran sinaran matahari secara terus tidak dapat dihalang
• Suhu bumi akan meningkat
• Kejadian El-Nino akan berlaku dan kepanasan akan berpanjangan
• Glasier di bumi akan cair lalu meningkatkan isi padu air laut
• Berlaku kejadian banjir dan taufan
Isi 3 : Pengeluaran pertanian terjejas
• Kandungan air dalam tanaman akan berkurangan
• Bawa gangguan kepada proses fotosintesis
• Makanan tidak dapat dibuat oleh tumbuhan-tumbuhan lalu mati
• Kepanasan yang tinggi menyebabkan tumbuhan tidak berupaya untuk mantang
• Pengeluaran hasil pertanian akan merosot
Isi 4 : Kemusnahan hidupan laut
• Sinaran ultraungu akan memusnahkan plankton
• Plankton merupakan sumber makanan untuk hidupan laut
• Hidupan laut akan kehilangan sumber makanan
• Proses pembiakan juga terganggu akibat kepanasan air laut
• Spesies hidupan laut akan berkurangan dan bekalan protein untuk manusia akan berkurang
Penutup
• Orang ramai harus disedarkan tentang bahaya kebocoran dalam lapisan ozon
• Langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk melindungi lapisan ozon

Monday, 19 March 2012
Rancangan Pelajaran PAM2 SSBJ
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL
KUALA LUMPUR
PROGRAM PRAUNIVERSITI
RANCANGAN MENGAJAR PENGAJIAN AM 2
( SSM 0102 )
| 
MINGGU | 
TOPIK/SUB-TOPIK | 
HURAIAN | 
CATATAN | 
| 
1 | 
Pengenalan silibus, 
Jenis komunikasi prosa, karangan laras sains | 
Menguasai silibus. 
Deskritif, penilaian, penghujahan. 
Berkemampuan untuk mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan
  menilai pengetahuan yang diperolehi dan berkebolehan untuk membuat
  perhitungan di mana yang releven. Menyediakan karangan pemahaman. 
Menulis karangan yang panjangnya 250 -350 patah perkataan. | 
Latihan esei | 
| 
2 | 
Alih Komunikasi 
Carta Pai mudah 
Carta Pai Perbandingan | 
Langkah-langkahnya : 
1.       Sediakan
  satu jadual yang menunjukkan jenis-jenis pembolehubah dan nilai /kuantitinya
  berdasarkan maklumat dalam petikan 
2.       Cari
  nilai peratus 
3.       Tentukan
  jumlah sudut 
4.       Lukiskan
  sektor-sektor pembolehubah berdasarkan sudut yang telah dikira: 
Carta Pai Mudah 
Carta Pai Perbandingan | 
Latihan 
Ujian | 
| 
3 | 
Sejarah dan Sumber Undang-undang
  Malaysia | 
Definisi dan Sumber Undang-undang 
Perkembangan Undang-undang di Semenanjung Malaysia 
Undang-undang Adat 
Undang-undang Islam 
Undang-undang Adat Cina dan Hindu 
Pengenalan Undang-undang Inggeris 
Undang-undang Adat Bumiputera 
Sumber Undang-undang Malaysia. | 
Latihan 
Tutorial  
Kuiz | 
| 
MINGGU | 
TOPIK/SUB-TOPIK | 
HURAIAN | 
CATATAN | 
| 
4 | 
Badan Perundangan Persekutuan dan Negeri | 
Parlimen 
Yang di-Pertuan Agong 
Dewan Negara dan Dewan Rakyat 
Mesyuarat Parlimen 
Cara membuat undang-undang 
Raja dan Yang Dipertuan Negeri 
Dewan Negeri Pilihanraya Suruhanjaya Pilihanraya 
Bacaan Pertama, Kedua dan Ketiga | 
Latihan 
Tutorial 
Kuiz | 
| 
5 | 
Sistem Kehakiman | 
Mahkamah Agung 
Fungsi-fungsi kehakiman 
Sistem kehakiman Malaysia 
Pelantikan Hakim 
Kebebasan Kehakiman 
Mahkamah Persekutuan 
Mahkamah Tinggi 
Mahkamah Sesyen |  | 
| 
6 | 
Sambungan Sistem Kehakiman | 
Mahkamah Majistret 
Mahkamah Penghulu 
Mahkamah-mahkamah Khas 
Mahkamah Juvenil 
Mahkamah Syariah 
Mahkamah Bumiputera 
Mahkamah Tentera | 
Latihan 
Tutorial 
Kuiz | 
| 
7 | 
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER | 
UJIAN BERTULIS 
-         
  1 JAM 30 MINIT |  | 
| 
MINGGU | 
TOPIK/SUB-TOPIK | 
HURAIAN | 
CATATAN | 
| 
8 | 
Perpaduan Negara | 
Konsep Perpaduan 
Masalah Perpaduan 
Usaha-usaha Kerajaan Untuk Memupuk Perpaduan Nasional 
Rukunegara 
Strategi dan Program Pembasmian Kemiskinan 
Penyusunan Semula Masyarakat 
Dasar Pendidikan Kebangsaan 
Dasar Kebudayaan Kebangsaan 
Bahasa Kebangsaan 
Jabatan Perpaduan Negara 
Inegrasi Antara Wilayah | 
Latihah 
Tutorial 
Kuiz | 
| 
9 | 
Pemahaman Laras Sains/ 
Carta Pai Separa Mudah | 
Teknik menjawab | 
Latihan 
Ujian | 
| 
10 | 
Dasar 
  Dalam Negara/ Dasar-dasar Kerajaan | 
Wawasan 2020 
Dasar Pembangunan Nasional 
Dasar Pandang ke Timur 
Dasar Persyarikatan 
Dasar Penswastaan 
Kepimpinan Melaui Teladan 
Dasar Kependudukan 
Dasar Perindusterian Berat | 
Latihan 
Tutorial 
Kuiz | 
| 
11 | 
Dasar Luar Malaysia dan Kerjasama
  Serantau | 
Dasar Luar Secara Umum 
Perkembangan Dasar Luar Malaysia 
Hubungan Malaysia dengan Negara-negara Islam 
Malaysia dan Zon Ekslusif Malaysia 
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 
Malaysia dengan Komanwel |  | 
| 
MINGGU | 
TOPIK/SUB-TOPIK | 
HURAIAN | 
CATATAN | 
| 
12 | 
Sambungan Dasar Luar Malaysia dan Kerjasama Serantau | 
ASEAN 
Matlamat ASEAN 
Struktur ASEAN 
ZOPFAN 
Masa Depan ASEAN |  | 
| 
13 | 
Malaysia dan Isu-isu Ekonomi
  Antarabangsa | 
Ekonomi Terbuka Malaysia 
Isu-isu Komoditi Utama 
Harga Komoditi Utama yang rendah dan tidak stabil 
Sekatan Tarif dan Bukan Tarif Semasa 
Dialog Utara –Selatan 
Order Baru Ekonomi Dunia | 
Latihan  
Tutorial 
Kuiz | 
| 
14 | 
Alih Komunikasi Carta Pai | 
Pastikan kekemasaan carta 
Cara untuk melukis carta pai separa bulatan mudah dan berbanding 
Cara melukis carta pai bertindih | 
Latihan | 
| 
15 | 
Interpretasi Data | 
Baca dengan teliti penyataan soalan tentang
  jadual atau carta untuk mengenalpasti kehendak sebenar soalan. 
Mulakan jawapan dengan pendahuluan yang ringkas
  dan padat. Kemudian kemukakan jawapan dengan menginterpretasi data. Beri
  ulusan tentang perubahan itu. Pada akhir jawapan buatkan kesimpulan. | 
Latihan | 
| 
16 | 
MINGGU ULANGKAJI |  |  | 
| 
17 | 
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER | 
UJIAN BERTULIS – 3 JAM |  | 
Kpi/ssbj/11
Selamat Datang
Percubaan membuat blog kali pertama . Blog ini bertujuan  untuk memberi kemudahaan kepada atlet pelajar Prauniversiti  Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Subscribe to:
Comments (Atom)