Tajuk 1.
Lapisan ozon sangat penting untuk melindungi manusia daripada terkena pancaran sinar ultaraungun. Para Saintis telah membuktikan akibat tindakan manusia telah menyebabkan kebocoran dalam lapisan ozon.
Bincangkan kesan yang akan timbul akibat kebocoran lapisan ozon.
Pendahuluan
• Lapisan ozon berada di ruang udara
• Memberi perlindungan kepada makhluk bumi daripada sinaran ultraungu
• Kebocoran dalam lapisan ozon akan menyebabkan sinaran ultraungu memancar terus ke bumi.
• Mendatangkan pelbagai kemudaratan
Contoh Penulisan :
Lapisan ozon memberi maksud lapisan udara yang berada di sekeliling kita . Lapisan ozon berperanan dalam memberi perlindungan kepada makhluk bumi daripada terkena sinaran ultraungu. Oleh itu, kebocoran dalam lapisan ozon akan menyebabkan sinaran ultraungu akan memancar terus ke bumi. Kesannya sinaran tersebut akan membawa kemudaratan kepada makhluk di bumi.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Menjejas Kesihatan manusia terjejas
• Kebocoran lapisan ozon menyebabkan kulit manusia akan terdedah kepada sinaran ultraungu
• Sistem imunisasi manusia akan menjadikan lemah
• Mudah bagi bakteria dan virus menyerang sel-sel dalam badan
• Mendatangkan pelbagai penyakit, contoh penyakiy kanser.
• Membawa gangguan terhadap tumbesaran manusia.
Salah satu kesan yang akan timbul akibat Kebocoran lapisan ozon ialah akan menjejaskan kesihatan orang ramai. Kulit manusia akan terdedah kepada pancaran sinaran ultraungu yang tidak dilindungi oleh lapisan ozon. Dengan itu, sistem imunisasi manusia yang terdapat dalam badan akan menjadi lemah. Apabila sistem imunisasi menjadi lemah maka penularan virus dan bakteria ke dalam badan tidak dapat dihalang. Seseorang itu akan mudah menghidap pelbagai penyakit antaranya ialah penyakit kanser. Selain itu, akibat pancaran ultraungun, sel-sel kromosom dalam badan juga akan mengalami mutasi. Secara langsung akan menyebabkan gangguan kepada tumbesaran manusia.
Isi 2 : Suhu bumi meningkat
• Kebocoran lapisan ozon menyebabkan pancaran sinaran matahari secara terus tidak dapat dihalang
• Suhu bumi akan meningkat
• Kejadian El-Nino akan berlaku dan kepanasan akan berpanjangan
• Glasier di bumi akan cair lalu meningkatkan isi padu air laut
• Berlaku kejadian banjir dan taufan
Isi 3 : Pengeluaran pertanian terjejas
• Kandungan air dalam tanaman akan berkurangan
• Bawa gangguan kepada proses fotosintesis
• Makanan tidak dapat dibuat oleh tumbuhan-tumbuhan lalu mati
• Kepanasan yang tinggi menyebabkan tumbuhan tidak berupaya untuk mantang
• Pengeluaran hasil pertanian akan merosot
Isi 4 : Kemusnahan hidupan laut
• Sinaran ultraungu akan memusnahkan plankton
• Plankton merupakan sumber makanan untuk hidupan laut
• Hidupan laut akan kehilangan sumber makanan
• Proses pembiakan juga terganggu akibat kepanasan air laut
• Spesies hidupan laut akan berkurangan dan bekalan protein untuk manusia akan berkurang
Penutup
• Orang ramai harus disedarkan tentang bahaya kebocoran dalam lapisan ozon
• Langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk melindungi lapisan ozon
No comments:
Post a Comment