Wednesday 21 March 2012

Pemahaman Laras Sains

Soalan Pemahaman Laras Sains ialah soalan bahagian B dalam peperiksaan akhir semester bagi Semester 4.
Satu petikan pendek diberikan dan pelajar dikehendaki menjawab dua soalan .
Markah bagi soalan ini ialah 10 markah , iaitu :
Soalan ( i ) 2 markah
Soalan ( ii ) 8 markah
Bagi soalan ( i ) jawapan terdapat di dalam petikan, tetapi pelajar mesti menggunakan ayat mereka sendiri untuk    menerangkannya.
Manakala soalan ( ii ) adalah berdasarkan pendapat pelajar. Jumlah perkataan yang harus ditulis ialah 50 patah perkataan.
Contoh soalan :
Tajuk 1.
Lapisan ozon sangat penting untuk melindungi manusia daripada terkena pancaran sinar ultaraungun. Para Saintis telah membuktikan akibat tindakan manusia telah menyebabkan kebocoran dalam lapisan ozon.
Bincangkan kesan yang akan timbul akibat kebocoran lapisan ozon.

Pendahuluan
• Lapisan ozon berada di ruang udara
• Memberi perlindungan kepada makhluk bumi daripada sinaran ultraungu
• Kebocoran dalam lapisan ozon akan menyebabkan sinaran ultraungu memancar terus ke bumi.
• Mendatangkan pelbagai kemudaratan

Contoh Penulisan :
Lapisan ozon memberi maksud lapisan udara yang berada di sekeliling kita . Lapisan ozon berperanan dalam memberi perlindungan kepada makhluk bumi daripada terkena sinaran ultraungu. Oleh itu, kebocoran dalam lapisan ozon akan menyebabkan sinaran ultraungu akan memancar terus ke bumi. Kesannya sinaran tersebut akan membawa kemudaratan kepada makhluk di bumi.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Menjejas Kesihatan manusia terjejas
• Kebocoran lapisan ozon menyebabkan kulit manusia akan terdedah kepada sinaran ultraungu
• Sistem imunisasi manusia akan menjadikan lemah
• Mudah bagi bakteria dan virus menyerang sel-sel dalam badan
• Mendatangkan pelbagai penyakit, contoh penyakiy kanser.
• Membawa gangguan terhadap tumbesaran manusia.
Salah satu kesan yang akan timbul akibat Kebocoran lapisan ozon ialah akan menjejaskan kesihatan orang ramai. Kulit manusia akan terdedah kepada pancaran sinaran ultraungu yang tidak dilindungi oleh lapisan ozon. Dengan itu, sistem imunisasi manusia yang terdapat dalam badan akan menjadi lemah. Apabila sistem imunisasi menjadi lemah maka penularan virus dan bakteria ke dalam badan tidak dapat dihalang. Seseorang itu akan mudah menghidap pelbagai penyakit antaranya ialah penyakit kanser. Selain itu, akibat pancaran ultraungun, sel-sel kromosom dalam badan juga akan mengalami mutasi. Secara langsung akan menyebabkan gangguan kepada tumbesaran manusia.

Isi 2 : Suhu bumi meningkat
• Kebocoran lapisan ozon menyebabkan pancaran sinaran matahari secara terus tidak dapat dihalang
• Suhu bumi akan meningkat
• Kejadian El-Nino akan berlaku dan kepanasan akan berpanjangan
• Glasier di bumi akan cair lalu meningkatkan isi padu air laut
• Berlaku kejadian banjir dan taufan

Isi 3 : Pengeluaran pertanian terjejas
• Kandungan air dalam tanaman akan berkurangan
• Bawa gangguan kepada proses fotosintesis
• Makanan tidak dapat dibuat oleh tumbuhan-tumbuhan lalu mati
• Kepanasan yang tinggi menyebabkan tumbuhan tidak berupaya untuk mantang
• Pengeluaran hasil pertanian akan merosot

Isi 4 : Kemusnahan hidupan laut
• Sinaran ultraungu akan memusnahkan plankton
• Plankton merupakan sumber makanan untuk hidupan laut
• Hidupan laut akan kehilangan sumber makanan
• Proses pembiakan juga terganggu akibat kepanasan air laut
• Spesies hidupan laut akan berkurangan dan bekalan protein untuk manusia akan berkurang

Penutup
• Orang ramai harus disedarkan tentang bahaya kebocoran dalam lapisan ozon
• Langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk melindungi lapisan ozon

Monday 19 March 2012

Rancangan Pelajaran PAM2 SSBJ


SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL
KUALA LUMPUR

PROGRAM PRAUNIVERSITI

RANCANGAN MENGAJAR PENGAJIAN AM 2
( SSM 0102 )
MINGGU
TOPIK/SUB-TOPIK
HURAIAN
CATATAN
1
Pengenalan silibus,
Jenis komunikasi prosa, karangan laras sains
Menguasai silibus.
Deskritif, penilaian, penghujahan.
Berkemampuan untuk mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai pengetahuan yang diperolehi dan berkebolehan untuk membuat perhitungan di mana yang releven. Menyediakan karangan pemahaman.
Menulis karangan yang panjangnya 250 -350 patah perkataan.


Latihan esei
2
Alih Komunikasi
Carta Pai mudah
Carta Pai Perbandingan
Langkah-langkahnya :
1.       Sediakan satu jadual yang menunjukkan jenis-jenis pembolehubah dan nilai /kuantitinya berdasarkan maklumat dalam petikan
2.       Cari nilai peratus
3.       Tentukan jumlah sudut
4.       Lukiskan sektor-sektor pembolehubah berdasarkan sudut yang telah dikira:
Carta Pai Mudah
Carta Pai Perbandingan

Latihan
Ujian
3
Sejarah dan Sumber Undang-undang Malaysia
Definisi dan Sumber Undang-undang
Perkembangan Undang-undang di Semenanjung Malaysia
Undang-undang Adat
Undang-undang Islam
Undang-undang Adat Cina dan Hindu
Pengenalan Undang-undang Inggeris
Undang-undang Adat Bumiputera
Sumber Undang-undang Malaysia.

Latihan
Tutorial
Kuiz




MINGGU
TOPIK/SUB-TOPIK
HURAIAN
CATATAN
4
Badan Perundangan Persekutuan dan Negeri

Parlimen
Yang di-Pertuan Agong
Dewan Negara dan Dewan Rakyat
Mesyuarat Parlimen
Cara membuat undang-undang
Raja dan Yang Dipertuan Negeri
Dewan Negeri Pilihanraya Suruhanjaya Pilihanraya
Bacaan Pertama, Kedua dan Ketiga


Latihan
Tutorial
Kuiz
5
Sistem Kehakiman
Mahkamah Agung
Fungsi-fungsi kehakiman
Sistem kehakiman Malaysia
Pelantikan Hakim
Kebebasan Kehakiman
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen



6
Sambungan Sistem Kehakiman
Mahkamah Majistret
Mahkamah Penghulu
Mahkamah-mahkamah Khas
Mahkamah Juvenil
Mahkamah Syariah
Mahkamah Bumiputera
Mahkamah Tentera


Latihan
Tutorial
Kuiz

7
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER
UJIAN BERTULIS
-          1 JAM 30 MINIT













MINGGU
TOPIK/SUB-TOPIK
HURAIAN
CATATAN
8
Perpaduan Negara

Konsep Perpaduan
Masalah Perpaduan
Usaha-usaha Kerajaan Untuk Memupuk Perpaduan Nasional
Rukunegara
Strategi dan Program Pembasmian Kemiskinan
Penyusunan Semula Masyarakat
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Bahasa Kebangsaan
Jabatan Perpaduan Negara
Inegrasi Antara Wilayah

Latihah
Tutorial
Kuiz

9
Pemahaman Laras Sains/
Carta Pai Separa Mudah
Teknik menjawab

Latihan
Ujian


10
Dasar  Dalam Negara/ Dasar-dasar Kerajaan
Wawasan 2020
Dasar Pembangunan Nasional
Dasar Pandang ke Timur
Dasar Persyarikatan
Dasar Penswastaan
Kepimpinan Melaui Teladan
Dasar Kependudukan
Dasar Perindusterian Berat


Latihan
Tutorial
Kuiz
11
Dasar Luar Malaysia dan Kerjasama Serantau
Dasar Luar Secara Umum
Perkembangan Dasar Luar Malaysia
Hubungan Malaysia dengan Negara-negara Islam
Malaysia dan Zon Ekslusif Malaysia
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Malaysia dengan Komanwel












MINGGU
TOPIK/SUB-TOPIK
HURAIAN
CATATAN
12
Sambungan Dasar Luar Malaysia dan Kerjasama Serantau

ASEAN
Matlamat ASEAN
Struktur ASEAN
ZOPFAN
Masa Depan ASEAN


13
Malaysia dan Isu-isu Ekonomi Antarabangsa
Ekonomi Terbuka Malaysia
Isu-isu Komoditi Utama
Harga Komoditi Utama yang rendah dan tidak stabil
Sekatan Tarif dan Bukan Tarif Semasa
Dialog Utara –Selatan
Order Baru Ekonomi Dunia


Latihan
Tutorial
Kuiz
14
Alih Komunikasi Carta Pai
Pastikan kekemasaan carta
Cara untuk melukis carta pai separa bulatan mudah dan berbanding
Cara melukis carta pai bertindih


Latihan

15
Interpretasi Data
Baca dengan teliti penyataan soalan tentang jadual atau carta untuk mengenalpasti kehendak sebenar soalan.
Mulakan jawapan dengan pendahuluan yang ringkas dan padat. Kemudian kemukakan jawapan dengan menginterpretasi data. Beri ulusan tentang perubahan itu. Pada akhir jawapan buatkan kesimpulan.


Latihan



16
MINGGU ULANGKAJI




17
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

UJIAN BERTULIS – 3 JAM


Kpi/ssbj/11


Selamat Datang

Percubaan membuat blog kali pertama . Blog ini bertujuan  untuk memberi kemudahaan kepada atlet pelajar Prauniversiti  Sekolah Sukan Bukit Jalil.